
Contoh 1
Bacaan dahulu/ awal (bulan lepas) = 34231 kWj
Bacaan sekarang/ semasa (bulan ini) = 35111 kWj
Beza unit ( jumlah penggunaan) = 35111 - 34231 = 880 kWj
Jumlah RM perlu dibayar ialah
200 unit pertama = 0.218 X 200 = RM 43.60
680 unit seterusnya = 0.258 X 680 = RM 175.44
Jumlah perlu dibayar = RM 43.60 + RM 175.44 = RM 219.04
Mengapa 200 unit pertama X 0.218 ?
= kerana tarif untuk 200 unit pertama ialah RM 0.218 seunit/ 21.8 sen seunit
Mengapa 680 unit seterusnya X 0.258 ?
= kerana tarif untuk 800 unit seterusnya( selepas 200 unit pertama) = RM 0.258 seunit
Mengapa dikira 680 dan bukan 800?
= kerana jumlah unit yang digunakan hanyalah 880, selepas ditolak 200 unit pertama bakinya ialah......680 sahaja (880-200= 680)...
oleh itu hanya 680 sahaja yang didarab dengan tarif 0.258 seunit
No comments:
Post a Comment